Friday, November 20, 2009

hmm..sometimes i really2 hate to understand guys... they ask us to accept them the way they are.. but then they can't accept us the way we are.. what WTH is dat?? they ask us to change here and there or do this and dat juz to prove we love them... erghh... im sick and tired of typical guys dat act like smelly poOPoo u know... *sighhh

but then, let juz face the fact dat im not ready for any relationship rite now. coz although i've been trying to involve in one, it juz doesn't get into me...it juz doesn't blend wif me... maybe the fact dat i've been single for quite some times made me comfortable and felt breezy dis way; alone and free to do anything w/o any constraint.. i mean, come on, im free to be me!!! ^_^

but then, here comes mama in the pic.. if im not mistaken, every phone calls between her and me will end up wif "xde bf lg ke? xnak kenduri ke akhir thn nih?"

hoho....sori mom, im so far away from those things.. gimme some space for myself.. cut me some slack..i need to enjoy life and do things the way i want them to be done...im happy at my state now..btw, i do hav several important frens dat always made my day or at least by thinking of our memories, i can curve a smile and live my life 'OK'ly... <-- ok is OKEY la kan..hehe

waken up be a call from mama-

"kucing kne rogol, da mati bunuh dr after termenung and x makan 2,3 ari + ank kucing berak atas katil + nak gi bomoh rantai emas yang hilang + ay ade rm1, bank in kan duit untk ay! + xde org bgtau ma bile2 blk raya + fais x bgtau pun blk lama + alg, kak sya.. x bgtau pun blk ngan ape + zu xbgtau pun kne g kL + ay x bgtau pun kne bli tiket bas or die blk uniten ngan ape"

=> abg2 ku..anda kne mrh..hihihi.. next time jd la cam adik nino nih.. center of information..hahah

Thursday, November 19, 2009

projek ku~

kinda busy with my research this few weeks..

applying STIRF and FRGS (funds) for the project..

also preparing extended abstract and technical paper untuk conference next year tp kne submit end of this year..

kne wat sampling and experiments, tapi asek tangguh2 keje sebab skang sgt sejuk..maka aktiviti tido lg enak..hehe

and ohh, sangat cuak coz byk mende to think and also the symposium is nearing..

lalala.... |USAHA TANGGA KEJAYAN!!!|

^_^

Saturday, November 14, 2009

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan..
Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut..
Pak imam baru sahaja sampai..

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

Friday, November 13, 2009

Bee Happy

saya xnak sedey2

saya harus happy2

be happy farah..
bee happy~~

Thursday, November 12, 2009

jiwa kacau

been thinking a lot

hate thinking a lot

not sure of my doing

*sighh

Wednesday, November 11, 2009

update2~

sesungguhnya kesibukan duniawi membataskan aku dari mengemaskini blog ini. namun, aku cuba jua meluangkan sedikit waktu agar dapat aku kongsi sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku di sekeliling ku...

29oct2009 - aku bertemu dengan sahabat lama ku; awangku kasman.. banyak cerita yang kami kongsi bersama.. maklum la setahun lebih kami tidak berjumpa. chatting dan email pun kenkadang je sebab masing-masing pun sibuk. aku gembira gile bile mendapat buah tangan dari nye; body care product from victoria's secret dan juga toblerone size XL. kemudian terjumpa paan di KLCC dan kami semua sambung melepak di chilli's. seronok jumpa kawan yang dah kerja, banyak rupanya mende yang aku tak tahu. lepas dinner, aku dan kasman jumpa aiman dan nina. kami supper kat restoren munir; restoren yang tiada menu dan makan/minum yang pelik2 tapi sedap.
|kasman is a fren of mine who likes to introduce me to something new and classy. with him, i knew Secret Recipe, Chilli's, San Fransisco, Starbucks, G200, OU, Pavilion and many more...and oh, aku mmg budak kampung for which xtau all those things..he is also the one who inspired me a lot..|

31oct2009 - aku bertemu dengan pipiey pula. dia nih kawan baik aku sejak aku mula2 masuk utp. dulu aku suka aka crush dengan dia (hehe) tapi sekarang kami memang boleh jadi kawan baik je. dia ambik aku dan kami lepak di Sunway Pyramid. oh lupa nak bagitau, dia da ber'risik' dan bakal bertunang jan2010 dan bakal kawin jun2010. awek dia dulu free hair, sekarang da pakai tudung..bagus kan.. awek dia pun baik je ngan aku, kira nye pipiey memang suruh dia menerima kenyataan yang aku nih kawan kbaik kesayangan dia..hahah
|pipiey is someone i know i can share everything with.. he is a good listener but not so good in giving inspirations..but still, i know i can reach him whenever i fall into pieces and i know i can count on him..|

3nov2009 - hmm...aku keluar dengan L (seseorang yang aku masih belum kenalkan kepada sesiapa). kami menonton wayang bersama. malangnya aku tersilap pilih movie yang saiko. sangat malu terjerit2 dan terlompat2 bahana takut dan terkejut. sebelum L pulang ke kL, dia sempat membelikan aku sepasang crocs rm2++ dan sekuntum bunga. sangat terharu tapi kami masih di peringkat berkawan lol~

7nov2009 - aku menonton Cuci The Musical di Istana Budaya dengan L. harga tiket yang L beli mahal gile rm1++ . sudah ku berpesan agar dia beli yang murah2 je.. oh ye,theatre itu sangat best, bak kata omputeh 4 thumbs up!!! itu la kali pertama aku menjejak kaki ke Istana Budaya. sudah lama aku ingin menonton theatre akhirnya impian ku menjadi kenyataan. terasa sangat2 gembira. terima kasih L~

TODAY - jiwa terasa kosong. ntah di mana silap nya aku pun tak tahu. seharian aku hanya berada di katil (tipu la tuh, aku turun katil la jugak untuk semayang dan makan). bergelumang dengan masalah jiwa sangat membebankan. aku sudah lupa semua perasaan2 ini. arghh... benci2~ lantas, ingin sahaja aku mengambil jalan mudah.. ingin sahaja aku berlalu pergi.. ingin sahaja aku meninggalkan semua ini...mungkin semua ini hanya mimpi.. mungkin..mungkin.. =|

;;

Template by:
Free Blog Templates


ShoutMix chat widget